
2026 Web Magazine
| Tahun | Nama |
|---|---|
| 1950–1954 | Rev. Fr. Louis Guittat |
| 1954–1957 | Rev. Bro. Aloysius |
| 1958–1959 | Rev. Bro. William |
| 1960 | Rev. Bro. Eugene |
| 1961–1965 | Rev. Bro. Raymond |
| 1965–1973 | Rev. Bro. F. Tessier |
| 1973–1984 | En. M.N.D Cruz, P.J.K. |
| 1984–1988 | En. M. Saravathan |
| 1988–1992 | En. Yau Hook Leong |
| 1992–1996 | En. Choo Tai Chin |
| 1997–1998 | En. Chow Ah Soon |
| 1999–2006 | En. Arun Kamal Ghosh |
| 2007–Ogos 2010 | En. Nandakumaran a/l Karthivaloo |
| Sept 2010–Mac 2016 | Tn. Hj. Asruddin bin Hj. Abas |
| April 2016–2019 | En. Murugan a/l Ponnan |
| 2020–2022 | Pn. Norosda binti Wali Mohamad |
| 2022–Okt 2024 | En. Premjeet Singh a/l Pritam Singh |
Nov 2024 – KiniPn Leong Yoke Har | |





























Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
Terima kasih atas khidmat, perhatian dan bakti yang menjadi sebahagian daripada kehidupan sekolah ini.





2026
Penghargaan kepada PT Nazrul atas Audit Cemerlang Tahun 2025 dan tahniah kepada Pn. Nur Azmiza atas kenaikan pangkat Pembantu Makmal Gred C2 secara TBK 1.
24 Oktober 2026
Merakamkan penghargaan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dalam majlis pada 24 Oktober 2026. Dedikasi dan khidmat bakti warga pendidik diraikan bersama.
Setulus penghargaan
Buat warga Thomasian yang bersara atau meneruskan khidmat di tempat baharu, terima kasih atas ilmu, bimbingan dan bakti yang dicurahkan. Semoga segala kebaikan terus menjadi kenangan bersama.
Majlis perpisahan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah juga kisah tiga sekawan yang selama ini menjadi sebahagian daripada warna-warni kehidupan warga SMK Saint Thomas. Tiga karakter, tiga personaliti dan tiga bidang pengajaran yang berbeza, namun disatukan oleh persahabatan serta kemesraan yang menceriakan suasana sekolah. Akhirnya, tiba jua saat mereka membawa haluan masing-masing. En. Selamat Sainuddin melangkah ke alam persaraan, manakala En. Mohd Aidil Shamri dan Mr. Sujarthanan memulakan lembaran baharu di sekolah yang berbeza.
En. Selamat Sainuddin, guru Sains yang telah banyak menabur ilmu dan membimbing anak didik dalam subjek Sains. En. Mohd Aidil Shamri pula, guru Pendidikan Seni Visual yang membawa warna dan kreativiti dalam dunia pendidikan. Sementara itu, Mr. Sujarthanan, guru Pendidikan Moral yang mendidik anak-anak tentang nilai, prinsip dan keindahan hidup bermasyarakat. Tiga bidang yang berbeza, tetapi masing-masing meninggalkan sentuhan tersendiri dalam perjalanan pendidikan anak-anak Thomasian.
Namun, jika ditanya apakah yang paling dirindui selepas pemergian mereka, pastinya bukan sekadar tugas dan tanggungjawab yang pernah digalas. Barangkali suasana bilik gurulah yang paling terasa perubahannya. Bayangkan, tiga karakter yang selama ini sering menghangatkan suasana dengan perbualan, gurauan dan cerita-cerita yang tidak pernah kehabisan modal, kini tidak lagi berkumpul di tempat yang sama. Bilik guru mungkin masih riuh dengan suara warga pendidik yang lain, tetapi pasti ada sudut yang terasa sedikit sunyi. Tiada lagi sesi borak tiga sekawan seperti dahulu. Mungkin selepas ini, jika terdengar suasana terlalu senyap, ada yang spontan tertanya-tanya, "Ke mana perginya geng yang selalu menghidupkan suasana?"
Hakikatnya, kehadiran seseorang bukan hanya dinilai melalui tugas yang dilaksanakan, tetapi juga melalui suasana yang diwujudkan dan kenangan yang ditinggalkan. Buat anak-anak murid pula, pastinya setiap seorang daripada mereka mempunyai cerita tersendiri bersama tiga orang guru ini. Ada ilmu yang dipelajari, nasihat yang diingati, teguran yang mendewasakan dan mungkin juga gelak tawa yang akan terus dikenang apabila nama guru-guru ini disebut.
En. Selamat, En. Aidil dan Mr. Suja, walaupun selepas ini laluan kerjaya kalian tidak lagi seiring, kenangan sebagai sebahagian daripada keluarga Thomasian akan sentiasa kekal. Seorang menutup tirai perkhidmatan dengan penuh penghargaan, manakala dua lagi meneruskan perjuangan di medan pendidikan yang baharu. Namun, persahabatan dan kenangan yang terjalin tidak seharusnya terhenti hanya kerana berbeza tempat bertugas.
Semoga En. Selamat menikmati hari persaraan dengan penuh ketenangan, kesihatan dan kebahagiaan. Buat En. Aidil dan Mr. Suja, semoga terus menyinar dan mencipta kejayaan di sekolah baharu. Bawalah bersama segala pengalaman, persahabatan dan kenangan indah yang pernah tercipta di sini.
Majlis Selaut Budi Seribu Memori · 11 Disember 2025 · Dataran Ilmu
Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Bahasa
Majlis Perpisahan · | Majlis Kenangan ·
Majlis perpisahan Pn. Haryati telah diadakan pada 8 April 2026 sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SMK St. Thomas dari 1 Februari 2020 hingga 31 Mac 2026. Beliau telah dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Bahasa pada 3 Februari 2025, sekali gus memikul amanah untuk memimpin dan memperkasakan bidang bahasa di sekolah ini.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris yang berwibawa dan berdedikasi, Pn. Haryati sentiasa memperlihatkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Antara kenangan manis yang pastinya terpahat dalam perjalanan kerjaya beliau ialah kejayaan menyaksikan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2025. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa usaha yang tekun, kesungguhan dan dedikasi seorang pendidik mampu meninggalkan impak yang bermakna terhadap kecemerlangan anak didik.
Sebagai pelengkap kepada kenangan perpisahan tersebut, satu lagi majlis khas telah diadakan pada 16 Mei 2026 bertempat di Restoran Sulaiman Xinjiang. Kedua-dua majlis ini bukan sekadar pertemuan untuk meraikan perpisahan, tetapi turut menjadi wadah menghargai sebuah perjalanan, mengimbau kenangan dan merakamkan penghargaan atas segala bakti yang telah dicurahkan.
Terima kasih, Pn. Haryati, atas segala ilmu, bimbingan, pengorbanan dan kenangan indah yang telah ditinggalkan. Sesungguhnya, setiap usaha dan jasa seorang guru tidak akan terhenti pada hari terakhir perkhidmatannya, sebaliknya akan terus hidup dalam kejayaan dan ingatan anak-anak didik serta seluruh warga Thomasian.
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Kenangan bersama warga SMK St. Thomas akan sentiasa menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah yang indah dan tidak ternilai.
Majlis perpisahan Pn. Hasliza dan Pn. Umi Natrah · 24 Jun 2026
Penolong Kanan Pentadbiran
Majlis perpisahan ·
Pn. Hasliza binti Abdul Rahman merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dalam bidang pengajaran Sejarah. Berbekalkan pengalaman, pengetahuan dan dedikasi yang tinggi, beliau telah meneruskan khidmat bakti di SMK Saint Thomas pada tahun 2024 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Sebagai seorang pentadbir yang cekap, sistematik dan berwawasan, beliau sentiasa menitikberatkan kecekapan pengurusan serta kelancaran urusan pentadbiran sekolah. Ketegasan dalam membuat keputusan, ketelitian dan komitmen yang tidak berbelah bahagi menjadi cerminan kepimpinan beliau.
Sepanjang tempoh perkhidmatan dari tahun 2024 hingga 2026, sumbangan dan kepimpinan beliau telah menjadi sebahagian daripada warna-warni perjalanan SMK Saint Thomas. Sesungguhnya, setiap amanah yang digalas meninggalkan makna, setiap usaha yang dicurahkan membawa nilai, dan setiap bakti yang ditaburkan akan terus terpahat dalam ingatan warga sekolah.
GKMP Kemanusiaan
Majlis perpisahan ·
Setelah 22 tahun menabur bakti dan mencurahkan khidmat di SMK St. Thomas, tibalah masanya buat Pn. Umi Natrah binti Abd Satar melangkah ke destinasi baharu apabila beliau ditukarkan ke SMK Teluk Chempedak. Beliau menamatkan perkhidmatan di SMK St. Thomas pada 15 Jun 2026, setelah sekian lama menjadi sebahagian daripada keluarga besar Thomasian.
Sesungguhnya, 22 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Terlalu banyak kenangan, pengalaman, suka duka dan kisah perjuangan yang telah terukir sepanjang perjalanan kerjaya beliau di bumi SMK St. Thomas. Segala ilmu yang dicurahkan, bimbingan yang diberikan serta jasa dan bakti yang ditaburkan pastinya akan terus dikenang oleh seluruh warga Thomasian.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermula dan berbakti. Memori sepanjang perjalanan kerjaya Pn. Umi Natrah di SMK St. Thomas akan sentiasa tersimpan kemas di dalam kotak ingatan, selagi hayat dikandung badan.
Guru Prinsip Perakaunan dan Perniagaan · Setiausaha PIBG
Majlis perpisahan ·
15 Julai 2026 menjadi tarikh yang cukup bermakna buat warga SMK Saint Thomas apabila satu majlis perpisahan diadakan bagi meraikan Pn. Wan Nurul Adawiyah binti Wan Ahmad, yang telah menabur bakti sejak tahun 2008.
Sebagai guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Perniagaan, beliau merupakan antara insan penting yang menyumbang kepada kecemerlangan akademik sekolah. Ketekunan, kepakaran dan komitmen beliau dalam membimbing anak didik telah memberikan impak yang cukup bermakna, khususnya dalam pencapaian GPS sekolah bagi mata pelajaran yang diajarnya. Bagi beliau, kecemerlangan bukan sesuatu yang datang bergolek, tetapi hasil usaha, disiplin dan kesungguhan yang tidak pernah mengenal jemu.
Namun, keistimewaan Pn. Wan Nurul Adawiyah bukan sekadar terletak pada kehebatan akademiknya. Beliau seorang yang cukup jovial, penuh energi dan sentiasa bersemangat dalam setiap tutur kata. Kehadirannya mudah menceriakan suasana, manakala gaya komunikasinya yang penuh ekspresi menjadikan setiap perbualan lebih hidup. Jika beliau sudah mula memberikan arahan, suaranya pasti cukup jelas dan lantang untuk memastikan semua orang mengambil perhatian!
Dalam kesibukan menggalas tugas sebagai pendidik, beliau juga merupakan seorang SU PIBG yang cekap dan komited. Keupayaannya mengurus tanggungjawab dengan penuh dedikasi mencerminkan seorang insan yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga dan idea demi kepentingan sekolah.
Satu lagi perkara yang pasti sukar dilupakan ialah penampilannya yang sentiasa kemas, anggun dan bergaya. Setiap hari seolah-olah ada fashion statement tersendiri. Walau sesibuk mana pun jadual hariannya, penampilan tetap terjaga. Mungkin inilah rahsianya — mengajar dengan penuh gaya, bekerja dengan penuh tenaga dan berkomunikasi dengan penuh karisma!
Di sebalik suara yang lantang dan personaliti yang begitu bertenaga, terserlah seorang guru yang dekat di hati anak didik. Ketegasan tidak pernah menghalang kasih sayang, malah menjadikan beliau seorang pendidik yang disegani dan disenangi. We will always miss you.
Penolong Kanan Kokurikulum
Setulus penghargaan kepada En. Mohd. Yusfe bin Mohd Ghazali @ Abu Bakar atas khidmat beliau sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.
Terima kasih atas bakti kepada warga Thomasian. Semoga segala urusan beliau pada masa hadapan dipermudah.
Beliau meneruskan khidmat sebagai PK HEM di SMK Pelindung mulai 21 September 2026. Semoga terus cemerlang di sekolah baharu.
Cinta yang tertinggal di bilik guru
Selamat bersara
Ada insan yang hadir di sekolah sekadar untuk melaksanakan tanggungjawab, namun ada juga insan yang menjadikan sekolah sebahagian daripada jiwa dan kehidupannya. Puan Suganthy ialah antara insan istimewa yang meletakkan sepenuh hati dalam dunia pendidikan, khususnya dalam mendidik anak bangsa melalui pengajaran Bahasa Tamil.
Bagi beliau, tugas seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu mengikut jadual waktu, tetapi sebuah amanah yang dilaksanakan dengan penuh kecintaan dan keikhlasan. Komitmennya terhadap kerjaya begitu terserlah melalui kesungguhan dan dedikasi yang tidak pernah mengenal penat. Bilik guru menjadi saksi kepada segala usaha dan pengorbanannya. Malah, beliau sering menjadi antara insan terakhir yang meninggalkan sekolah. Ketika ramai sudah melangkah pulang, beliau masih setia menyelesaikan tugasan, memastikan setiap tanggungjawab terlaksana dengan sebaik-baiknya.
Mungkin itulah yang paling sukar dilupakan tentang Puan Suganthy. Kesungguhannya berada di sekolah, rutin hariannya di bilik guru dan kecintaannya terhadap tugas mendidik pastinya akan meninggalkan ruang yang berbeza selepas persaraan. Ada kebiasaan yang selama ini dianggap biasa, tetapi hanya akan terasa nilainya apabila ia tidak lagi menjadi sebahagian daripada hari-hari kita.
Buat Puan Suganthy, selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Semoga persaraan ini membuka ruang untuk menikmati waktu yang selama ini banyak dikorbankan demi kerjaya dan anak didik. Semoga setiap hari mendatang dipenuhi kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kesempatan untuk menikmati kehidupan bersama insan tersayang.
Mungkin selepas ini tiada lagi langkah yang paling lewat meninggalkan bilik guru, namun jejak pengabdian dan kecintaan terhadap dunia pendidikan akan terus terpahat dalam ingatan warga Thomasian.
Seindah budi, semekar inspirasi
Julai 2026
Julai 2026 menjadi saksi kepada sebuah perpisahan yang sarat dengan rasa dan kenangan apabila Pn. Noor Khamahizan diraikan sempena persaraan beliau setelah sekian lama menabur bakti sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru Bahasa Inggeris di SMK Saint Thomas Kuantan.
Beliau bukan sekadar seorang pemimpin yang berkaliber, malah insan yang memiliki keistimewaan tersendiri dalam mengemudi tanggungjawab. Ketegasan beliau dalam melaksanakan amanah sentiasa berpaksikan prinsip dan keadilan, namun di sebalik ketegasan itu tersimpan kelembutan seorang ibu yang sentiasa mengambil berat, memahami dan menyantuni setiap insan. Tutur katanya yang lembut, keprihatinannya yang tulus serta ketegasannya yang berhemah menjadikan beliau seorang pemimpin yang dihormati dan disenangi.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, beliau bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut menyemai keyakinan, meniupkan semangat dan membuka ruang kepada anak didik untuk terus melangkah dengan penuh keberanian. Semangatnya yang tidak pernah luntur, keperibadiannya yang sentiasa positif serta kata-kata motivasi yang membangkitkan inspirasi menjadi cerminan seorang pendidik yang mengajar bukan hanya dengan kata-kata, tetapi juga melalui teladan dan tindakan.
Sesungguhnya, insan seperti beliau tidak mudah ditemukan. Sumbangannya bukan sekadar terakam dalam perjalanan pentadbiran sekolah atau kejayaan anak didik, tetapi turut terpahat dalam hati insan-insan yang pernah bekerja bersama, menerima bimbingan dan merasai keprihatinannya. Pemergian beliau daripada dunia tugas hakiki pastinya meninggalkan ruang yang sukar diisi, kerana bukan mudah mencari ganti kepada seorang insan yang begitu besar jiwanya dan begitu tulus budinya.
Buat Pn. Noor Khamahizan, persaraan ini bukan noktah kepada sebuah perjalanan, tetapi permulaan kepada lembaran kehidupan yang lebih lapang dan bermakna. Semoga hari-hari mendatang sentiasa dihiasi kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, kebahagiaan bersama insan tersayang serta keberkatan dalam setiap langkah.
Julai 2026
Setulus penghargaan kepada Cik Ratha, guru POL Bahasa Tamil, atas khidmat bakti kepada SMK Saint Thomas.
Lembut suaranya, besar pengaruhnya
September 2026
Bukan calang-calang insan mampu menggalas dua peranan yang begitu berbeza dalam satu kerjaya. Di dalam kelas, beliau berdiri sebagai seorang ustazah yang menyampaikan ilmu Pendidikan Agama Islam, menyemai nilai dan membimbing anak didik mengenal erti kehidupan. Namun, sebaik sahaja melangkah ke padang, beliau bertukar peranan menjadi guru Pendidikan Jasmani yang tangkas, cergas dan bersedia mengendalikan pelbagai aktiviti sukan. Siapa sangka, seorang ustazah juga mampu menjadi begitu sporty! Inilah keistimewaan Pn. Nurul Syuhada binti Rosli yang cukup tersendiri.
Namun, bukan sekadar keupayaannya menguasai dua bidang yang menjadikan beliau istimewa. Ada satu lagi kelebihan yang sukar ditandingi — kelembutan tutur katanya. Suaranya yang perlahan, senyumannya yang sentiasa menghiasi wajah dan pendekatannya yang penuh ketenangan mempunyai aura tersendiri. Anehnya, semakin perlahan suara beliau, semakin cepat pula kenakalan anak murid reda. Tidak perlu menjerit, tidak perlu meninggikan suara. Cukup dengan teguran lembut dan senyuman yang bersahaja, suasana kembali terkawal. Mungkin inilah kuasa soft-spoken teacher yang tidak semua orang miliki!
Di sebalik kelembutan itu, terserlah keteguhan peribadi seorang pendidik yang disegani dan dihormati. Beliau membuktikan bahawa ketegasan tidak semestinya hadir melalui suara yang lantang, dan rasa hormat tidak perlu diperoleh melalui ketakutan. Sebaliknya, keikhlasan, kesabaran dan kebijaksanaan dalam mendekati murid mampu membina hubungan yang jauh lebih bermakna.
Hari terakhir beliau pastinya meninggalkan seribu satu kenangan buat warga Thomasian. Padang yang pernah menjadi saksi kepada bimbingan dan kesungguhannya, serta ruang pembelajaran yang pernah disinari kelembutan suaranya, akan terus menyimpan cerita tentang seorang guru yang melaksanakan tugas dengan caranya yang tersendiri.
Buat Ustazah Syuhada, terima kasih kerana telah membuktikan bahawa kelembutan bukan tanda kelemahan, sebaliknya satu kekuatan yang mampu menyentuh hati dan membentuk peribadi. Semoga setiap ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan setiap langkah selepas ini dipermudahkan serta diberkati.
Album kelas 2026
Barisan kepimpinan murid SMK Saint Thomas Kuantan.






SPM 2025
4.01
Gred Purata Sekolah · Keputusan SPM terbaik SMK Saint Thomas, tahun 2025.
Stars of St. Thomas
Setiap kejayaan membawa bersama usaha murid, bimbingan guru dan sokongan keluarga. Tahniah kepada warga Thomasian yang diraikan dalam Majlis Kecemerlangan dan Anugerah Cemerlang 2026.
Kenangan majlis dalam Lensa 2026
SPM 2025
JPN Pahang mengiktiraf usaha dan peningkatan pencapaian Sains warga Thomasian.
Pengiktirafan atas kecemerlangan akademik dan pencapaian warga sekolah. Lihat kesemua 19 sijil dalam album.
Bersedia berkhidmat
Unit beruniform

Mohd Syaqeer Noufal bin Mohd Dolhatta
Kishan Kumar a/l Gunaratnam
Bakat, suara dan kebersamaan
Kelab dan persatuan akademik
Kelab dan persatuan akademik
Kelab dan persatuan akademik
Kelab dan persatuan akademik
Debat Bahasa Inggeris Generasi Madani Peringkat Negeri Pahang
Aktiviti: Mock Debate.
Kelab dan persatuan akademik
Kelab dan persatuan akademik
Kelab dan persatuan akademik
Team elite
Mahfuzah binti Mohd Hani
Team elite • Tarian


Tarian Ta’seem • Kuantan 2026



Pertandingan Tarian Ta’seem Sekolah-sekolah Malaysia
Peringkat Daerah Kuantan 2026 · Kategori B: Trio Etnik
Eizzul Qushairy bin Muhammad Eslamludin · Putera Emir Elias bin Zulhafiz · Haris bin Huzaimi
Pasukan elite

Pn. Aisyatun Mohamed Rusli
Wan Haris Rifqi bin Wan Yusof
Penyertaan peringkat daerah.
Galeri kumpulan






Sukan elit
Pengurus pasukan: En. Kamal Junaidi bin Zamli dan En. Aliff Azrai bin Ahamad





RAKESHRI A/L GUNASAKARAN
ACARA: 5000 M JALAN KAKI L 15)
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP 2026 ( PINGAT GANGSA)
ACARA: 5000 M JALAN KAKI L 15)
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2026 (KEEMPAT)


ATLET: ABDUL RAYYAN HARITH BIN AB KAMALUSHASNI
PENCAPAIAN: TEMPAT KEENAM
ACARA: OKTATLON LELAKI TERBUKA MSSP 2026 (TEMPAT KEENAM)

MUQRIZ SYABIL BIN SALIZAM
ACARA: 110 M LARI BERPAGAR L18
PINGAT PERAK
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUANTAN 2026

ATLET: VINOD VICTOR A/L ALEX
PENCAPAIAN: PERAK
ACARA: LOMPAT KIJANG L15
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUANTAN

ATLET: VINOD VICTOR, RAYYAN HARITH, RITISHSRI DAN RAKESHSRI A/L GUNASAKARAN
PENCAPAIAN: PERAK
ACARA: 4 x 400M L15 MSSD KUANTAN

ATLET: (ZHARIF, MUZAMMIL,FARIS,RIFQI)
PENCAPAIAN: EMAS
ACARA: 4 X 100M L14 KEJOHANAN SUPERHERO INTERNATIONAL CAK (UNISZA TERENGGANU)
29/8/2026

ATLET: ABDUL RAYYAN HARITH BIN AB KAMALUSHASNI
PENCAPAIAN: PERAK
ACARA:80M LARI BERPAGAR L 16
KEJOHANAN SUPERHERO INTERNATIONAL CAK 2026 (UNISZA TERENGGANU)

ATLET: SAYED EMRAN
PENCAPAIAN: PERAK
ACARA: LONTAR PELURU L16
KEJOHANAN SUPERHERO INTERNATIONAL CAK 2026 (UNISZA TERENGGANU)

ATLET : RAKESHRI A/L GUNASAKARAN
PENCAPAIAN: PINGAT PERAK
ACARA: 3000M JALAN KAKI L16
KEJOHANAN SUPERHERO INTERNATIONAL CAK 2026 (UNISZA TERENGGANU)

ATLET: ABDUL RAYYAN HARITH BIN AB KAMALUSHASNI
PENCAPAIAN: PINGAT PERAK
ACARA: 110 LARI BERPAGAR L16 REVOS SIRI 1 2026

ATLET : VINOD VICTOR
PENCAPAIAN: PINGAT PERAK
ACARA: LOMPAT TINGGI L16 REVOS SIRI 1 2026
Guru penasihat: Kamal Junaidi bin Zamli, Lau Hei Ling dan Noor Haida binti Daud.
Pengerusi: Muhammad Zahin bin Saiful Danisya.
Naib pengerusi: Ahmad Aizuddin bin Khairuddin.
Elite sports

En. Lee Wee Sin
Lee Kuang Xen, 3 Amethyst
ONE Core Camp 2026, Gifu, Jepun
Prague U16 Volleyball Game, Republik Czech
Elite sports



Bola tampar • Gifu, Jepun



3 Amethyst · ONE Core Camp 2026
Sukan elit
MSSP Akuatik 2026
Sukan & permainan

Muhammad Syazwan Syahmi bin Abdu Jaleel
Robinson Chuah Kai Zin
Enam ahli kelab menyertai MSSD 2026.
Sukan dan permainan

Muhammad Iskandar Shah bin Abdullah
Muhammad Zaquan Danial bin Mohd Aizat Firdaus
Bola tampar
Tiga murid. Turut meraih tempat ketiga MSSD Kuantan dan tempat keempat kategori Plate MSSM 2026.
Pasukan dan pencapaianOlahraga
Rakeshri a/l Gunasakaran · 5000 m jalan kaki L15.
Atlet dan acaraOlahraga
Zharif, Muzammil, Faris dan Rifqi · Kejohanan Superhero International CAK, 29 Ogos 2026.
Kenangan pertandinganTarian
Pertandingan Tarian Ta’seem Sekolah-sekolah Malaysia, peringkat daerah Kuantan 2026, kategori Trio Etnik.
Pasukan tarian2026
Pencapaian Eiman Marzuqi dan Azim Hakeem dalam MSSP Akuatik 2026.
Mei–Jun 2026
Pasukan meraih kejayaan dalam bola tampar MSSP dan REVOS. Siew Zhi Hong, Jagwynjeet Singh dan Lee Kuang Xen turut mewakili Pahang dalam MSSM di Putrajaya, 6–13 Jun.
2026
Abd Rayyan Harith dan Vinod Victor meraih pingat perak dalam Kejohanan Olahraga REVOS Series 1 peringkat negeri Pahang.
Penyampaian pingat REVOS
2026
Pasukan yang disertai Lee Kuang Xen, Eizzul dan Hoh Kah Wai meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Trone U15.
2026
Levinesh, 2 Amethyst, meraih pingat gangsa dalam pertandingan taekwondo kebangsaan.
8 Jun 2026
Gunaselan a/l Gobai meraih tempat kelima kategori Melafaz Thirukkural Menengah Rendah dalam Karnival Bahasa Tamil peringkat daerah Kuantan di SABS.
2026
Penyampaian medal meraikan pencapaian naib johan Kejohanan Bola Tampar U19 Temerloh Open.
Jun 2026
Rakaman Malaysia Volleyball Championship ke-66 di Arena Larkin, Johor, merakam penyertaan Pahang di gelanggang kebangsaan.
Malaysia Volleyball Championship
2026 dalam kenangan
Januari 2026
Program Sekolah Penyayang menyambut kehadiran murid. Orientasi Tingkatan 1 turut diisi taklimat oleh GBKSM, Puan Rohidah binti Aamin@ Amin, serta slot bersama pengetua.
Januari 2026
Penyampaian Bantuan Pahang Pride 2026 kepada murid SMK Saint Thomas.
13–14 Januari 2026
Senamrobik, latihan dan taklimat keselamatan menjadi persediaan sebelum Kejohanan Merentas Desa. Taklimat turut merangkumi panduan deklarasi kesihatan.
Senamrobik / latihan merentas desa
16 Januari 2026
Kejohanan berlangsung di Astaka Taman Gelora. Dari garis mula hingga penyampaian hadiah, setiap langkah membawa semangat rumah sukan masing-masing.
20 Januari 2026
Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan melibatkan sesi pagi dan petang. Penyerahan sesi pagi berlangsung di Dataran Ilmu.
Januari 2026
Gotong-royong papan kenyataan, kelas tambahan Bahasa Inggeris, pelancaran Promosi Minda Sihat dan pengisian Bina Insan melengkapkan bulan pembukaan sekolah.
10 Februari 2026
Pelancaran Program NILAM 2026 mengajak warga sekolah meneruskan budaya membaca.
11 Februari 2026
Sambutan hari lahir guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi bulan Januari dan Februari diadakan pada 11 Februari 2026 di Dataran Ilmu.
Februari 2026
Penyerahan sumbangan kepada keluarga murid merakamkan perhatian dan keprihatinan warga sekolah.
Februari 2026
Ucapan Tahun Baharu Cina dan Ramadan, taklimat pendaftaran SPM serta pengisian Bina Insan dan tadarus dirakam sepanjang bulan ini.
Tadarus Tingkatan 4 dan 5
Mac 2026
World #QuranHour, tadarus, Iftar Ramadan dan kuiz Ihya Ramadan mengisi penghayatan warga sekolah sepanjang bulan ini. Iftar berlangsung pada 13 Mac di Dataran Ilmu.
Mac 2026
Penyerahan pakaian sekolah, Program Sinar Aidilfitri Madani, Ria Asnaf dan Ria Syawal membawa bersama sumbangan serta perhatian warga sekolah dan PIBG.
30 Mac 2026
Persediaan dan aktiviti Sukantara menghimpunkan semangat berpasukan warga Thomasian.
31 Mac 2026
Hari yang penuh debaran buat calon SPM 2025 akhirnya melabuhkan tirainya dengan seribu satu kenangan yang pastinya terpahat dalam ingatan. Di sebalik debaran, doa dan harapan, tersingkap sebuah kisah kejayaan yang cukup bermakna buat seluruh warga SMK St. Thomas.
Tahun ini, STSS melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat keputusan SPM terbaik (dalam tempoh lebih 10 tahun). GPS 4.01 - sebuah lonjakan saujana yang bukan sekadar angka dan statistik, tetapi lambang kesungguhan, ketekunan serta semangat luar biasa yang disemai sepanjang perjalanan. Kejayaan ini menjadi hadiah terindah buat seluruh warga guru yang tidak pernah mengenal erti lelah, sanggup mengorbankan masa, tenaga dan ruang peribadi demi membimbing anak-anak didik dengan penuh komitmen, kasih sayang dan motivasi.
Paling menyentuh hati, apabila melihat senyuman yang terukir di wajah para pelajar dan ibu bapa. Ada senyuman yang dihiasi rasa syukur, ada yang disulami air mata kegembiraan, dan ada juga yang menyimpan seribu makna di sebaliknya. Setiap senyuman itu menjadi penawar segala penat lelah, manakala setiap kejayaan anak didik menjadi bukti bahawa setiap usaha yang dicurahkan tidak pernah sia-sia.
Buat para guru, inilah antara hadiah paling bermakna dalam perjalanan mendidik. Buat anak-anak SPM 2025, teruslah melangkah dengan bangga kerana kejayaan hari ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat seluruh warga STSS untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada tahun-tahun mendatang. Kerana di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa yang tidak pernah putus, pengorbanan yang tidak ternilai dan insan-insan yang sentiasa percaya akan kemampuan mereka.
STSS, kejayaan kita bukan sekadar pada apa yang dicapai, tetapi pada setiap hati yang telah kita sentuh sepanjang perjalanan.
Mac 2026
Seminar Bahasa Inggeris dan Sains membuka ruang untuk mengasah teknik menjawab. Sedikit demi sedikit, persediaan bermula.
Mac 2026
Mentor mentee dan aktiviti di dalam kelas turut menjadi sebahagian daripada perjalanan murid sepanjang bulan Mac.
12 Mac 2026 · 2.30–5.00 petang
3 April 2026
Penyertaan warga Thomasian dalam Himpunan Anak Pahang Madani 2026.
April 2026
Program Jom Membaca Bersama menghimpunkan murid dan guru dalam satu kebiasaan yang kecil tetapi bermakna.
25 April 2026
Majlis Kecemerlangan Akademik SMK Saint Thomas meraikan usaha murid dan bimbingan guru. Tahniah kepada semua penerima penghargaan.
Petikan persembahan MAKes
Rakaman sambutan Hari Raya warga SMK Saint Thomas Kuantan. Video asal dimuatkan terus dalam majalah.
30 April 2026
Kejohanan Sukan Sekolah berlangsung di Stadium Darul Makmur. Kenangan di padang, bersama pasukan dan petugas merakamkan semangat rumah sukan.
April 2026
Seminar Pendidikan Islam, kelas tambahan dan DP SPM 2025 mengisi perjalanan April. Setiap pertemuan membawa satu lagi langkah persediaan.
April 2026
Aktiviti kuiz pertolongan cemas, psikometrik, saringan Minda Sihat, keselamatan dan Ujian SEGAK melibatkan murid sesi pagi serta petang.
Bersama YB Sim.
7 dan 14 Mei 2026
Latihan kebakaran melibatkan warga sekolah. Latihan sesi pagi berlangsung pada 14 Mei.
13 Mei 2026
Program SUKSES 5.0, Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Pahang, berlangsung di ILP.
Program SUKSES 5.0
13 Mei 2026
Majlis watikah pelantikan badan pemimpin pengawas memberi pengiktirafan kepada murid yang memikul tanggungjawab di sekolah.
13 Mei 2026
Penyampaian pingat meraikan penglibatan murid dalam renang, bola tampar dan olahraga.
Perarakan Hari Guru
Mei 2026
Program Skor A+, ujian mendengar, seminar Biologi dan Pendidikan Islam, kelas tambahan serta Cakna Prestasi menghimpunkan usaha sepanjang Mei.
Mei 2026
Hari Belia Negara, penghargaan T-Sahsiah, kesedaran keselamatan serta dialog bersama murid 5 Sapphire melengkapkan cerita bulan ini.
Aktiviti kesedaran keselamatan sekolah
13–14 Jun 2026
Kem Kecemerlangan Fasa 2 di UNITAR Kuantan menghimpunkan slot Sains, Matematik Tambahan, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sejarah.
Kem Kepimpinan dan Perkhemahan Bersepadu diadakan pada 18 hingga 19 Jun 2026 di Kempville Beach Resort, Kempadang, Kuantan. Majlis dirasmikan oleh YB Chan Chun Kuang, ADUN Semambu.
Penutupan kem kepimpinan dan perkhemahan
27–28 Jun 2026
Trip guru ke Muar pada 27–28 Jun 2026 menghimpunkan kenangan perjalanan bersama warga Thomasian.
27–28 Jun 2026
Penyertaan dalam Konvensyen Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) peringkat kebangsaan di Dewan Utama IIUM.
Jun 2026
Bina Insan, penyerahan modul sumbangan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, T-Sahsiah, Motivasi, Amanat & Students Voice serta penyampaian medal dan sijil turut mengisi bulan Jun.
Jun 2026
Kenangan penyertaan dalam Seminar Perhati di BCIC Lodge.
11 Julai 2026
Kalau selama ini kita hanya sibuk mengejar masa, mengejar dateline dan mengejar pelajar yang belum menghantar kerja sekolah, kali ini tiba pula masanya kita mengejar habuk, menyapu daun kering dan memburu sawang yang sudah lama bersarang di tempat persembunyian!
Aktiviti gotong-royong warga SMK Saint Thomas bukan sekadar agenda membersihkan kawasan sekolah, tetapi turut menjadi medan mengeratkan hubungan dan menyemarakkan semangat kerjasama. Dengan penyapu, mop, kain lap dan peralatan masing-masing, warga sekolah turun padang dengan satu misi yang cukup jelas — menjadikan persekitaran sekolah lebih bersih, ceria dan selesa.
Ada yang begitu tekun menyapu sehingga daun-daun pun mungkin berasa terancam. Ada yang gigih mengelap tingkap, manakala yang lain sibuk menyusun dan mengemas kawasan masing-masing. Tidak kurang juga yang menunjukkan bakat luar biasa dalam mengangkat barang, mengalihkan perabot dan memberi arahan! Apa pun tugasnya, semuanya menyumbang kepada satu matlamat yang sama.
Walaupun peluh mula membasahi dahi dan tenaga semakin berkurangan, semangat tetap membara. Sesekali kedengaran usikan dan gelak tawa yang menjadikan kerja berat terasa ringan. Rupanya, apabila dilakukan bersama-sama, kerja yang banyak pun boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Teamwork makes the dream work!
Akhirnya, kawasan sekolah kembali bersih dan teratur. Namun, hasil yang paling bermakna bukan sekadar persekitaran yang berseri, tetapi semangat kebersamaan yang semakin utuh. Kerana sekolah yang hebat bukan hanya dibina melalui kecemerlangan akademik, tetapi juga melalui tangan-tangan yang sanggup bekerja bersama dan hati-hati yang sentiasa prihatin. Tak gitewwwww…….
20 Julai 2026
Pasukan sekolah menyertai Pertandingan Senam Seni 2.0 di JKKN Pahang.
30 Julai 2026
Hari Pelaporan Prestasi PPT dan PBD merakam pertemuan guru, murid dan keluarga. Album menghimpunkan sesi 4 Amethyst dan 4 Sapphire.
Julai 2026
Matematik Tambahan, taklimat UTQH dan program Tri-focus menjadi sebahagian daripada persediaan Julai.
Julai 2026
Selamat datang kepada Pn. Norliza bt Yaacob, Penolong Kanan Petang, dan Pn. Syarifah Nur Anisa, guru ganti sesi petang. Kehadiran mereka menjadi sebahagian daripada perjalanan Thomasian tahun ini.
Julai 2026
Cakna kehadiran, perjumpaan pengawas, pendidikan kesihatan pergigian, mentor mentee dan aktiviti kokurikulum memperlihatkan rutin yang membentuk kehidupan sekolah.
3 Ogos 2026
Peluncuran Program SAFE di Dataran Ilmu disusuli Bengkel PRS Modul SAFE pada 11 Ogos di PSS.
12 dan 18 Ogos 2026
Peluncuran pertandingan kitar semula peringkat sekolah disusuli pengasingan bahan oleh murid 3 Amethyst dan 3 Sapphire.
22 Ogos 2026
Karnival CET menghimpunkan pameran, jualan kelab dan persatuan, gerai permainan serta abseiling Tingkatan 4 dan 5. Album turut merakam penyampaian token oleh pengetua.
Abseiling Karnival CET
26 Ogos 2026
Penyertaan warga sekolah dalam Majlis Apresiasi Guru Pahang 1st.
Ogos 2026
Kelas Sejarah dan seminar teknik menjawab Bahasa Inggeris pada 8 Ogos merakam usaha yang terus disambung.
Ogos 2026
Cik Nur Faizatun Nadhirah binti Ab Razak dari UNITAR menyertai warga SMK Saint Thomas sebagai guru praktikal.
Ogos 2026
Pentaksiran Kompetensi Literasi, latihan olahraga, perjumpaan Kelab Catur, ceramah Kolej Vokasional dan penghargaan T-Sahsiah mengisi bulan Ogos.
Ogos–September 2026
Pelancaran dan penutupan Bulan Kebangsaan menyemarakkan semangat patriotisme warga Thomasian.
4 × 100 m L14 · Pingat emas
Zharif, Muzammil, Faris dan Rifqi · UniSZA, Terengganu.
Lihat pencapaian olahraga
11–13 September 2026
YBR NextGen Bootcamp berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 di UMPSA Kampus Paya Besar, Kuantan. Sesi pembelajaran, aktiviti berkumpulan dan perkongsian bersama peserta menjadi sebahagian daripada pengalaman murid Thomasian.
15 September 2026
Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam berlangsung di Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan.
September 2026
KMR 2026 merakamkan murid membentang, menerangkan dan berkongsi hasil kerja mereka.
25–27 September 2026
Kem Madani berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026. Montaj menghimpunkan aktiviti, kerjasama dan kenangan murid sepanjang program.
Montaj Kem Madani
28 September 2026
Sesi Konsolidasi PPC 2026 bersama PPD.
30 September 2026
Warga sekolah menjalani latihan kebakaran sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kecemasan.
Latihan kebakaran — demonstrasi pemadaman
September 2026
Cakna Prestasi PPC serta bengkel Perniagaan dan Kimia mengisi persediaan September. Guru, murid dan keluarga berkongsi tujuan yang sama.
September 2026
Ceramah motivasi, Ujian SEGAK, Kuiz Kimia Kebangsaan dan perjumpaan akhir kokurikulum melengkapkan bulan September.
Oktober 2026
Dinner Tingkatan 5 menghimpunkan warga sekolah untuk meraikan perjalanan bersama.
Oktober 2026
Taklimat peperiksaan SPM disampaikan oleh Setiausaha SPM, Pn. Lau.
16 Oktober 2026
Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2026 berlangsung pada 16 Oktober. Solat hajat bermula pada 7.50 pagi, disusuli rakaman pertemuan murid dan guru. Doa, restu dan ilmu mengiringi langkah calon SPM.
22 Oktober 2026
Sambutan hari lahir guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) bagi bulan Jun hingga Oktober berlangsung pada 22 Oktober 2026 di Dewan SABS.
Oktober 2026
Seminar Pendidikan Islam, Addmath Final Boost, bengkel Perniagaan dan taklimat ujian bertutur Bahasa Melayu melengkapkan persediaan Oktober.
Oktober 2026
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris Tingkatan 4 menjadi sebahagian daripada Pentaksiran Akhir Tahun 2026.
24 Oktober 2026
Seminar Pendidikan Moral berlangsung di Dewan SMK Abdul Rahman Talib, dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
19–20 Oktober 2026
Bengkel Penghasilan Video dengan AI dan Penggunaan Smartboard anjuran SSTP Pahang.
22 Oktober 2026
Warga sekolah menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi di Dewan Interaksi, dari 1.30 hingga 2.30 petang.
2026
Penyampaian sumbangan warga SMK Saint Thomas kepada Pn. Rohani.
12 November 2026
Hari Sukan Negara di padang sekolah, dari 4.00 hingga 6.50 petang. Sukan menyatukan kita.
14 November 2026
Who says paradise is only found on a distant island? This year, GUKAST brought a little piece of Hawaii right to our doorstep! Fuyoooo!!!
Hotel Grand Darul Makmur · 8.00–10.00 malam
With the vibrant theme of Aloha Hawaii, the annual dinner transformed an ordinary evening into a tropical celebration filled with colourful floral decorations, cheerful island vibes and unforgettable moments. From Hawaiian shirts and flower garlands to creative outfits that could easily rival a holiday fashion show, everyone embraced the spirit of the island in their own unique way.
After all, paradise is not just about beautiful beaches and swaying palm trees. Sometimes, it is simply about being surrounded by wonderful colleagues, sharing laughter and creating memories together.
23 November 2026
Setulus penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, atas keprihatinan dan sumbangan berupa set alat tulis serta makanan tengah hari kepada semua calon SPM di seluruh negeri Pahang.
Sumbangan ini bukan sekadar pemberian, tetapi membawa seribu satu makna. Ia hadir sebagai tanda ingatan, suntikan semangat dan bukti keprihatinan seorang pemimpin terhadap perjuangan anak-anak bangsa dalam meniti detik penting masa depan mereka.
Mungkin nilainya tidak terhenti pada set alat tulis dan hidangan yang diberikan, tetapi jauh lebih besar pada mesej yang tersirat — bahawa setiap usaha anak-anak Pahang dihargai, setiap perjuangan mereka disokong dan setiap impian mereka wajar diperjuangkan.
Terima kasih, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, kerana bukan sahaja menghulurkan bantuan, malah turut menitipkan inspirasi dan membakar semangat anak-anak Pahang untuk melangkah ke dewan peperiksaan dengan lebih yakin, berani dan penuh keazaman.
Kerana di sebalik setiap kejayaan yang diimpikan, ada insan yang sentiasa percaya, ada tangan yang sudi menghulur dan ada kata-kata yang membina kekuatan.
Semoga keprihatinan ini menjadi pemangkin lahirnya lebih ramai generasi Pahang yang berilmu, berdaya saing dan berjaya.
Terima kasih, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang! Sokonganmu menyemarakkan perjuangan kami.
13 November 2026
Jamuan kelas pada November 2026 menghimpunkan murid dan guru untuk berkongsi hidangan serta merakam kenangan bersama.
19 November 2026 · 8.00–9.30 pagi · Aula Perdana. Penceramah: En. Loh Keng Soon.
18 November 2026
18 November 2026 · 5.10–6.45 petang
20 November 2026
20 November 2026
18 November 2026
17 November 2026
17 November 2026 · 5.10–6.50 petang
18 November 2026
Oktober–November dan Januari–November 2026. 18 November 2026 · 1.00–1.30 petang · Dataran Ilmu.
17 November 2026
16 November · Dataran Ilmu. Penceramah: Puan Norliza binti Yaacob, Penolong Kanan Petang.
16 November 2026
16 November
2026
Penyampaian medal kepada pasukan naib johan Kejohanan Bola Tampar U16 REVOS Pahang Siri 2.
November 2026
Murid Tingkatan 4 beraksi dalam mini game bola tampar, diikuti penyampaian hadiah kepada peserta.
14–17 November 2026
Lee Kuang Xen bersama pasukan Pahang di KLIA2 sebelum menyertai Kejohanan Bola Tampar B16 Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah.
November 2026
Mini game bola sepak di Padang Gunasama SABS, diikuti penyampaian hadiah kepada pasukan.
2026
Pertandingan kitar semula peringkat sekolah meraikan penglibatan kelas 2 Amethyst, 1 Sapphire, 3 Amethyst, 1 Amethyst dan 3 Sapphire. Anugerah khas diberikan kepada Moo Yet Wei, 2 Amethyst, atas bantuan menguruskan pengasingan bahan kitar semula.
2026
Penghargaan kepada murid yang menyemarakkan budaya membaca di sekolah.
2026
Lee Kuang Xen bersama pasukan dalam kejohanan antarabangsa, serta kenangan bersama pemain dari Mongolia.
November 2026
Seminar Pecutan SPM Madani Indera Mahkota dan Kuantan 2026, termasuk slot Bahasa Melayu bersama Cikgu Adif.
November 2026
Gotong-royong membersihkan dan mengemas bilik darjah Tutorial STSS B bagi Tingkatan 2 serta 2 Kripton bagi Tingkatan 1.
16 November 2026
Murid Tingkatan 1 dan 2 meneroka dunia melalui aktiviti Misi Peneroka Glob, dari 1.30 hingga 2.30 petang.
17 November 2026
Aktiviti Maths Detective mengajak murid berfikir, berbincang dan menyelesaikan cabaran bersama.
November 2026
Pertemuan guru, ibu bapa dan murid untuk membincangkan perkembangan pembelajaran.
November 2026
Wajah ceria calon SPM selepas menduduki kertas Bahasa Inggeris.
25 November 2026
Perhimpunan pagi calon SPM sebelum kertas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
25 November 2026
Guru, ibu bapa dan murid bertemu pada hari pelaporan untuk meneliti perkembangan dan pencapaian murid.
25 November 2026
Murid Tingkatan 4 menyertai Festival Kesihatan Planet di Petrosains, Kuantan.
November 2026
Detik penghargaan dalam kalangan warga Thomasian.
Ruang foto dan cerita perpisahan.
Sepanjang 2026
Kenangan sambutan hari lahir guru dan AKP sepanjang tahun, bersama tanda ingatan daripada pengetua.
Sambutan Mac, April dan Mei · 20 Mei 2026 · Dataran Ilmu.
Sambutan November dan Disember · 13 November 2026 · Dataran Ilmu.
Zainal bin Abdullah · 2 April.
Interaksi guru dan murid dalam pembelajaran menggunakan smartboard.
31 Mei 2026
Lee Kuang Xen, 3 Amethyst, menerima Malaysia Top 100 Teen Award dalam Asia Pacific Art Festival.
Oktober 2026
Kenangan konvokesyen bekas murid SMK Saint Thomas, batch 2023. Tahniah atas pencapaian dan langkah seterusnya dalam perjalanan ilmu.
Karya murid Tingkatan 4 yang mengajak kita melihat dari sudut berbeza.
Try looking from a different angle.
5 Amethyst
Enam karya oleh Iskandarshah, 5 Amethyst.
Lee Kuang Xen · 3 Amethyst
Esei tulisan tangan oleh Lee Kuang Xen, 3 Amethyst, tentang pengalaman latihan bola tampar di Jepun.